Saturday, 3 December 2011

IKATAN PANCING

Tali pancing adalah penghubung utama antara kita (pemancing) dengan ikan. Ia umpama talian hayat. Jika putus pertengahan jalan ketika bertarung kesudahannya pemancing akan kehilangan hasil dan rasa menyesal tanpa kesudahan. Seorang pemancing perlu memahirkan diri untuk membuat ikatan yang kemas dan kuat supaya tidak akan menjadi satu penyebab mendatangkan kegagalan. 



Perlu diketahui simpulan dan ikatan adalah titik paling lemah pada tali pancing. Ada berpendapat ikatan mengurangkan sehingga 50% kekuatan sebenar tali. Bayangkan ini hanya ikatan belum termasuk ikatan yang terluka, calar, genting dan sebagainya. Kekuatan tali turun mendadak dan terlalu mudah putus ketika bertarung.Akhirnya, ucapan yang biasa didengar daripada mulut pemancing: “Huh! Besar betul ikan tu! Sampai tali 100 paun pun boleh putus dengan sekali tarik. Tentu puluh kilogram punya ikan.” Hakikat sebenarnya kalau ikan sekilogram memang mampu memutuskan tali 100 paun kalau ikatan tidak kemas atau longgar.
Ramai pemancing, tidak kira mereka baru atau lama tidak begitu mahir dan mengambil mudah mengikat tali pancing. Ikatan yang dibuat tidak kuat menyebabkan tali putus semasa berlawan dengan ikan. Lebih lagi jenis ikan yang kuat melawan dan membuat kejutan secara tiba-tiba di luar jangkaan kita.Tidak kira apa juga teknik ikatan anda gunakan untuk mengikat pancing, yang penting ialah kemahiran dan ketelitian ketika mengikat dan sebaik-baiknya bermula dari rumah.

Di rumah, kita ada masa dan boleh membuat ujian ikatan terhadap ikatan yang dilakukan tanpa tergesa-gesa. Ambil masa meneliti setiap ikatan yang di buat.Kemahiran ini perlu dikuasai dengan baik, sama pentingnya dengan pengetahuan mengenai pancing dan lain-lain.
Punca kegagalan ikatan antaranya, longgar atau ikatan tergelincir; tiada kemasan akhir selepas ikatan; tidak diuji; calar atau luka ketika mengikat; ikatan sambil lewa; kejutan terlampau; tangsi terlalu lama; dan komposisi bahan juga menjadikan tali berkenaan licin dan mudah tergelincir walaupun dalam simpulan.





Mengenal dan Memilih Peralatan Memancing



Kebanyakkan dari kita menganggap mesin untuk memancing itu sama sahaja kegunaannya. Seperti untuk pancingan kolam, tasik atau sungai sama dengan pancingan dilaut. Secara logiknya ya....bunyinya serupa iaitu memancing ikan. Tetapi sebelum anda membeli mesin memancing, anda hendaklah fokuskan dimana anda ingin memancing. Samaada di tepi pantai, kolam, tasik, sungai ataupun laut. Anda perlu bijak memilih mesin pacing yang bersesuaian agar anda tidak tersalah memilih jenis mesin pancing

Jika anda kurang arif berkaitan peralatan memancing, bertanyalah kepada rakan-rakan kaki pancing anda ataupun anda boleh mengajak rakan anda pergi bersama ketika membeli peralatan tersebut dan anda boleh juga meminta nasihat dari penjual peralatan memancing ditempat anda membelinya. Sebelum itu buatlah tinjauan harga dahulu dibeberapa buah kedai untuk mendapatkan harga mengikut budget anda.

Janganlah jika anda ingin memancing di kolam ataupun sungai tetapi anda membeli mesin pancing untuk kegunaan dilaut dalam dan sebaliknya. Kesesuaian dan ketepatan memilih itu amat penting. Jangan tersalah pilih. Dan jangan anda mejadi bahan ketawa orang lain.

Begitu juga dengan pemilihan joran, anda juga perlu bijak memilih jenis joran yang bersesuaian dengan akitiviti memancing anda. Janganlah memilih joran laut dalam tetapi hanya unuk memancing di tepi pantai atau kolam memancing. Jenis-jenis joran ada bermacam-macam jenis. Ada untuk kegunaan dilaut dalam, disungai, ditepi pantai, ada juga untuk pancingan layang, pancingan jig, pancingan udang dan bermacam-macam lagi.

Kesuaian dan ketepatan anda membeli kedua-dua peralatan itu amat penting kerana ia dapat membantu anda ketika memancing nanti. Disamping membantu anda sekurang-kurangnya 30% untuk mendapatkan hasil pancingan anda.

Jika anda hanya menumpukan akitiviti memancing ditepi pantai ataupun disungai dan kolam, ada 2 pilihan joran yang bersesuaian. Anda boleh membeli joran yang panjangnya lebih kurang 5' 5" dan 7' 6" keatas untuk pancingan ditepi pantai. Disamping itu dapatkan juga jenis joran yang beraksi sederhana. Ini untuk memudahkan anda mengendalikannya. Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dari penjual-penjual peralatan memancing ditempat anda membelinya nanti.